TARIKH : 18 Ogos 2018
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : PI Batu 1 Sapintas
PESERTA : 10 Orang
TUJUAN
Memberi pendedahan untuk para peserta tentang microsoft power point. Dapat melihat nilai inovatif dan kreatif mereka melalui kelas ini.
AKTIVITI
Mengajar para peserta bagaiman membuat slide melaui Microsoft Power Point. Tajuk diberikan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing. Kelas mengambil masa selama 2 jam. Dengan kelas ini, mereka dapat mempraktikkan di sekolah kelak.
TARIKH : 4 Ogos 2018
MASA : 3.00 petang - 5.00 petang
TEMPAT : Pusat Internet Batu 1 Sapintas
PESERTA : 10 Orang
TUJUAN
Kelas asas ICT adalah satu mekanisma untuk Pusat Internet mengajar dan melatih para peserta untuk mahir dalam bidang ICT. Ia juga dapat membantu dan memudahkan apabila para pelajar belajar di sekolah.
AKTIVITI
Terdapat 10 orang peserta yang hadir dan mengikuti kelas asas ICT ini. Para peserta diberi tugas untuk menaip petikan yang diberikan. Siapa yang menaip pantas dengan menghabiskan petikan akan diberikan cenderahati. Ini dapat megasah kemahiran para peserta pada masa akan datang.
TARIKH : 1 Julai 2018
MASA : 3.00 petang - 5.00 petang
TEMPAT : PI Batu 1 Sapintas
PESERTA : 10 Orang
TUJUAN
Bertujuan mengajar para peserta dalam bidang melukis. Melukis melalui PC iaitu secara online. Peserta diberi tema bebas dan mengikut kreativiti masing-masing. Dengan aktiviti, ia dapat menonjolkan bakat yang ada pada peserta. Peserta disertai dari umur 8 tahun hingga 13 tahun.
AKTIVITI
Para peserta diberi masa 1 jam untuk melukis dengan kreativiti sendiri. Hadiah juga disediakan bagi peserta yang berjaya melukis dengan menarik. Selepas aktiviti selesai, petugas juga memberi advokasi tentang dashboard komuniti kepada semua peserta.
TARIKH : 12 Julai 2018 ( Khamis )
MASA : 9.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT : Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam
PESERTA : 200 Orang
TUJUAN
Pusat Internet Daerah Sabak Bernam dijemput bagi memenuhi keperluan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam dalam memberi pendedahan ICT kepada komuniti dan para pelajar yang berkunjung ke program yang dianjurkan.
AKTIVITI
Program melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam dan para pelajar yang mewakili dari 7 buah sekolah yang terpilih di daerah Sabak Bernam. Pelajar yang dipilih adalah pelajar tingkatan 4 dari sekolah tersebut. Para pelajar diberi tugasan untuk program ini. Para pelajar dibahagi kepada 7 kumpulan. Antara aktiviti mereka ialah membina origami secara kreatif dengan barang-barang yang sedia ada, menjawab kiuz, membuat puzzle dan teka silang kata. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan dengan pantas akan diberi hadiah yang disediakan. Selaim itu, terdapat juga pameran yang disedikan iaitu dari AADK Sabak Bernam dan Pusat Internet Kluster Sabak Bernam. Ia lebih tertumpu kepada pendedahan dan pengetahuan awal mengenao advokasi ICT. Advokasi ICT melibatkan cara dan penggunaan media sosial dan etika sepanjang melyari laman sesawang.
TARIKH : 11 & 12 Mei 2018
MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang
TEMPAT : PI1M Kg. Sungai Haji Dorani
PESERTA : 100 Orang
TUJUAN
Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan pada peserta yang hadir. Program ini turut bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti kementerian Kesihatan Malaysia, MCMC, KOSPEN, PI1M dan Belia Komuniti SHD. Terdapat juga pameran-pameran untuk pengunjung dapat lihat.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan dalam program ini. Antaranya ialah pertandingan mewarna, senamrobik, demontrasi & pertandingan memasak, cabaran penurunan berat badan, pameran agensi dan cabutan bertuah.