TARIKH : 19 Oktober 2018
MASA : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Sungai Leman
PESERTA : 50 Orang
TUJUAN
Pusat Internet Kluster Sabak Bernam mengadakan program Advokasi bersama pelajar dari SK Sungai Leman. Ia bertujuan memberi dan mengajar kepada para pelajar tentang ilmu ICT dan ceramah tentang teknologi.
AKTIVITI
Aktiviti yang diadakan seperti ceramah tentang teknologi, ceramah tentang Klik Dengan Bijak, kuiz dan permainan kepada pelajar. Terdapat juga pameran pengenalan notebook, saringan kesihatan dan mobile e-waste. Wakil sekolah dan para pelajar diberi hadiah dan saguhati sebagai tanda penghargaan dari pihak PI Kluster Sabak Bernam.
TARIKH : 11 Oktober 2018
MASA : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : PI Batu 1 Sapintas
PESERTA : 16 Orang
TUJUAN
Tujuan utama pihak Tadika Kemas Yasmeen membuat lawatan ialah untuk memberi ilmu tentang asas ICT dan belajar menggunakan komputer. Ini dapat menggalakkan peserta dalam bidang ICT.
AKTIVITI
Terdapat aktiviti yang disediakan oleh pihak Pusat Internet iaitu mewarna online, puzzle online dan membuat bekas pensil menggunakan cawan mengikut kretiviti mereka. Aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik dari pihak Tadika Kemas Yasmeen, Sabak Bernam.
TARIKH : 21 September 2018
MASA : 2.30 petag - 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Internet Batu 1 Sapintas
PESERTA : 58 Orang
TUJUAN
Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk memberi penghargaan kepada komuniti setempat dengan mengadakan program-program untuk mereka. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan dan hadiah yang dimenangi oleh pengunjung yang hadir.
AKTIVITI
PI Batu 1 Sapintas menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya ialah futsal 3 sebelah, puzzle online, mewarna bagi kanak-kanak tadika, menaip pantas, kuiz dashboard, dan cabutan bertuah. Terdapat juga pameran yang turut serta dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pameran keusahawanan, pemeriksaan kesihatan percuma dan terdapat aiskrim percuma yang diberi pada para pengunjung. Tetamu kehormat yang hadir bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah ialah penghulu dari mukim Sabak Bernam dan wakil dari Telekom Malaysia.
TARIKH : 6 Oktober 2018
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : PI Batu 1 Sapintas
PESERTA : 10 Orang
TUJUAN
Memberi ilmu mengenai mengedit atau membuat video menggunakan PC. Ia dapat membantu mereka menggunakan kreativiti masing-masing apabila membuat video.
AKTIVITI
Para peserta diajar oleh petugas mengenai membuat video dengan menggunakan wondershare filmora. Peserta ditugaskan menyiapkan satu tugasan ringkas iaitu asas sahaja. Dengan mengulang-ulang tugasan ini, mereka akan lebih mahir jika dipraktikkan secara berterusan.
TARIKH : 15 September 2018
MASA : 10 Pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : PI Batu 1 Sapintas
PESERTA : 8 Orang
TUJUAN
Memberi pendedahan dan tunjuk tentang asas adobe photoshop. Ia dapat membantu mereka mengembangkan kreativiti mereka.
AKTIVITI
Memberi tunujuk ajar kepada para peserta yang menyertai kelas ini. Kelas dihadiri dari golongan dewasa dan para pelajar sekolah menengah. Para peserta ditugaskan menyiapkan satu tugasan ringkas iaitu asas sahaja, yang diajar oleh petugas pusat internet. Dengan asas ini, akan memudahkan mereka untuk mempraktikkan di masa hadapan.