1.PROGRAM KEMAS DAN WANITA: PERBINCANGAN ISU SEMASA SERTA BENGKEL MEMBUAT KERONGSANG MENGGUNAKAN ZIP TERPAKAI

Dalam aktiviti ini peserta di beri ruang untuk menyampaikan permasalahan yang dihadapi berkenaan dengan isu-isu wanita,rumahtangga dan semasa serta cara untuk menghadapinya. Kemudian peserta diberi bengkel untuk membuat kerongsang menggunakan zip terpakai.

 

 

2.BENGKEL KEUSAHWANAN DAN KDB BERSAMA AMAN WANITA (AMANITA)

Bengkel yang diadakan di PI1M Sungai Panjang ini dengan peserta terdiri daripada 8 orang wanita, para peserta dapat mengetahui tentang dunia keusahawanan dan laman sosial seperti facebook.Selain itu,peserta tahu bagaimana menjadi pengguna yang bijak.