Pelancongan bukan satu aktiviti utama di Batu 1 Sapintas.Di sini hanya terdapat beberapa buah homestay untuk didiami.Antaranya Homestay Inap desa,Homestay Haji Hussain dan lain-lain lagi. Homestay ini menyediakan penginapan yang selesa dan juga dapat merasai suasana kampung.

Berhampiran di Batu 1 Sapintas terdapat sebuah muzium daerah sabak bernam yang terletak di pekan sabak bernam. Muzium tersebut menyediakan pelbagai pameran. Pameran ini terdiri dari pameran tetap, sementara, khas dan bergerak ( pengembangan sejarah, budaya, warisan, dan alam semulajadi.