TARIKH : 21 April 2018
MASA : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : PI1M Kg. desa permai, Parit 8 Sg. Pnjang
PESERTA : 70 orang
TUJUAN
Program dianjurkan oleh pihgak PI1M Kg. Desa Permai dengan kerjasama dari PI1M kluster Sabak Bernam iaitu PI1M Sg. Panjang, PI1M Batu 1 Sapintas, PI1M BNO, PI1M Pasir Panjang dan PI1M Tebuk Hj. Yusof dan juga dari pihakl KOSPEN. Tujuan ialah untuk menjemput lokaliti penduduk untuk bersama sama melakukan aktiviti senamrobik dan saringan kesihatan. Ia dapat memupuk kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan harian.
AKTIVITI
Program dimulakan dengan pendaftaran ahli yang hadir. Seterusnya senamrobik bermula seawal pagi dalam masa lebih kurang 30 minit. Program bersambung dengan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh wakil dari PI1M dan Kospen. Program juga dihadiri oleh wakil Adun Sg. Panjang.