http://batu1sapintas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/822-muzium-daerah-sabak-bernam#sigFreeId2970dbe7ca
Sabak Bernam merupakan salah satu daerah yang terpenting di Selangor. la mempunyai keluasan 242,560 ekar. Bersempadan dengan negeri Perak di sebelah utara, dimana Sungai Bernam sebagai pemisahnya. Bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di bahagian timur, Kuala Selangor terletak di bahagian selatan, sementara di bahagian barat daya pula menghadap Selat Melaka. Secara umumnya daerah Sabak Bernam mempunyai tiga bandar utama yang penting dan menjadi pusat tumpuan penduduk di daerah ini. Bandar tersebut ialah Sekinchan, Sungai Besar dan Pekan Sabak Bernam sendiri. Masyarakat daerah ini terdiri daripada berbilang bangsa dan sebahagian besarnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Dari dahulu hingga kini daerah ini sememangnya terkenal sebagai pusat pertanian dan penternakan.