SEJARAH NAMA KAMPUNG BATU 1 SAPINTAS
Mengikut sejarah daripada penduduk kampung, kampung ini mendapat nama, Batu 1 (1 Batu) merujuk kepada jarak kepekan terdekat iaitu Pekan Sabak Bernam.Kini, jarak sebenar adalah 7.5km Sapintas, atau Sepintas (ejaan baru) adalah terdiri dari 2 perkataan iaitu 'sa' yang bermaksud satu, dan 'pintas'. Walaubagaimanapun, menurut sejarah, perkataan asalnya adalah 'mentas' atau "naik ke darat" dalam bahasa Jawa. Jadi sa mentas atau satu tempat naik kedarat.
Umum mengetahui, Sungai Bernam adalah diantara sungai paling dalam di Malaysia, yang juga menjadi sempadan fizikal antara dua negeri Selangor dan Perak, adalah amat penting dalam sistem perhubungan air zaman dahulu. Satu peta melayu lama telah memaparkan rangkaian atau jalinan 'jalan gajah' dari utara ke selatan semenanjung, telah memetakan tanjung sapintas sebagai satu 'point' atau titik yang memungkinkan adanya rakit atau perahu bagi melintasi sungai bernam.
Sekalipun kampung Batu 1 Sapintas ini hanya mula didiami sekitar tahun 20an, namun 'kisah jalan naik kedarat' ini telah jauh lebih lama wujud mungkin ratusan tahun sebelumnya. Terdapat beberapa kubur lama atau lebih dikenali penduduk sebagai kubur panjang (merujuk kepada saiznya yang panjang berbanding kubur-kubur zaman sekarang) di sekitar tebing sungai dan di sepanjang alur atau anak sungai sapintas.
INFO HAK MILIK PENDUDUK
BILANGAN PENDUDUK : 306 BUAH
JENIS RUMAH:
1.RUMAH BATU : 100 BUAH
2.RUMAH KAMPUNG : 195 BUAH
3.RUMAH BANTUAN KERAJAAN(PPRT) : 20 BUAH
Sumber : Buku profil Kampung Batu 2 Sapintas
PEDi Batu 1 Sapintas telah beroperasi pada 4 september 2014.Tapak asal PEDi Batu Satu Sapintas pada asalnya tapak sebuah sekolah.Mengikut cerita seorang penduduk disini,tapak PEDi Batu 1 Sapintas ini tempat penduduk dahulu belajar.PEDi Batu 1 Sapintas juga dilengkapi dengan 20 buah komputer untuk memudahkan pengguna atau ahli PEDi Batu 1 Sapintas menggunaka perkhidmatan tersebut.Selain itu,PEDi juga menawarkan khidmatan ICT yang lain seperti photostat,mencetak dan lain-lain lagi.