USAHAWAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN

NAMA : NAQIB BIN SHAMSUDIN

UMUR : 25 TAHUN

 

Usahawan merupakan seorang pemuda yang menjalankan perniagaan menjual makanan iaitu sup dan menu-menu lain seperti kambing bakar, nasi yam dan banyak lagi.

Latar belakang

En. Naqib merupakan seorang pemuda yang berumur 25 tahun yang telah menjalankan perniagaan kedai makan.Kedai makanan tersebut terletak di Sungai Besar, Selangor.

Oleh itu, beliau perlu memikirkan cara untuk mempromosikan kedai makan tersebut. Dengan itu, beliau telah membuat keputusan untuk menghadiri kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Kelas ini banyak membantu beliau dalam mempromosikan perniagaan kedai makan beliau. Pelbagai promosi yang dijalankan di online seperti facebook, Instagram dan whastapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM2300 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menhadiri kelas usahawan di Pusat Internet Batu 1 Sapintas. Kini beliau telah mempromosikan perniagaannya di media sosial iaitu facebook dan instagram. Terdapat banyak tempahan yang diperoleh oleh beliau sejak beliau menggunakan mekanisma mempromosikan malalui media social ini.

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 4000 – RM 5500 sebulan.

DIN-SUP

USAHAWAN MENJUAL PRODUK BUAHAN BUAHAN 

NAMA : NADIYA BT. BAJURI

UMUR :25 TAHUN

 

Menjalankan perniagaan menjual aneka buah buahan secara terus dan online.

 

Latar belakang

Perniagaan ini dijalankan oleh beliau dan dibantu oleh suami dan rakan kongsi. Pelbagai buah-buahan segar yang dijual seperti manga, nenas,jambu, tembikai dan banyak lagi. Penghantaran juga disediakan dengan mengikut kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang suri rumah yang menjalankan perkejaan sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mendapat idea untuk menjalankan perniagaan menjual buah-buahan ini. Dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

 

NADIYA

USAHAWAN BARANGAN KECANTIKAN

NAMA : SAMSIAH BINTI SOBAR

UMUR : 40 TAHUN

 

Latar belakang

 

Bekerja sebagai seorang guru di sekolah seksyen 18 Shah Alam. Seorang ibu kepada lima orang anak.Berumur dalam lingkungan 40 tahun berasal dari Hutan Melintang Perak dan telah menetap di Bandar Saujana Putra selama 17 tahun. Mula menjinakkan diri dalam perniagaan online bermula pada tahun 2017. Setelah beliau diperkenalkan dengan produk yang berjenama Nurraysa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh di Shah Alam. Melakukan rutin harian setelah selesai bekerja. Tekun dan patuh dalam menjalankn tugasnya sebagai seorang guru.

Pendapatan RM 5 ribu

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Rajin mencari pelanggan melalui online setelah datang beberapa kali ke pusat internet sebagai pelawat. Mula rajin membuat kajian dan penyelidikan untuk menjalankan perniagaan yang lebih efisyen.

Pendapatan RM 12 ribu.

 

KKK

 

USAHAWAN PRODUK ANEKA KEREPEK ONLINE

NAMA : SHAHRIL BIN PADULI

UMUR : 28 TAHUN

 

Menjalankan aktiviti perniagaan secara online. Jenis perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan kecil-kecilan menjual produk pelbagai jenis kerepek. Mempekenalkan kepada sosial media seperti facebook,Instagram dan juga promosi melalui rangkaian kawan-kawan disekolah.

Latar belakang

Seorang pemuda yang berumur 28 tahun yang bekerja di Rumah Orang Tua di Sungai Besar. Beliau merupakan seorang OKU yang boleh bekerja. Pelbagai produk yang beliau jual diantaranya ialah kerepek, sambal goreng, popiah satar dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang pekerja yang bekerja di Rumah Orang tua Sungai Besar. . Melakukan rutin harian setelah selesai bekerja. Tekun dan patuh dalam menjalankn tugasnya sebagai seorang pekerja.

Pendapatan RM 800.00

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rajin mencari pelanggan melalui online setelah datang beberapa kali ke pusat internet sebagai pelawat. Mula rajin membuat kajian dan penyelidikan untuk menjalankan perniagaan yang lebih efisyen.

Pendapatan RM 1500.00

SARIL

 

USAHAWAN BARANGAN BUNDLE

Nama : Encik Shauqi

Umur : 24 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Usahawan merupakan seorang pemuda yang menjalankan perniagaan menjual  pakaian, kasut berjenama dan barangan bundle.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

En. Shauqi merupakan seorang pemuda yang berumur 24 tahun yang telah membuka premis kedai ‘ Village Bundle ‘. Sebelum menceburi bidang perniagaan ini, beliau bekerja di Kuala Lumpur. Hampir 4 tahun beliau bekerja diluar, beliau bernekad untuk membuka perniagaan Bundle ini sebagai pekerjaan utama beliau. Beliau juga dibantu oleh isteri beliau. Brangan yang dijual merupakan barangan yang berkualaiti tinggi dan berjenama dan harga yang ditawarkan berpatutan. Kedai dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 7 malam.  

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Barangan juga boleh dihantar melalui postage, cod, dan datang terus di kedai tersebut. Oleh itu, beliau perlu memikirkan cara untuk mempromosikan kedai makan tersebut. Dengan itu, beliau telah membuat keputusan untuk menghadiri kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Kelas ini banyak membantu beliau dalam mempromosikan perniagaan kedai makan beliau. Pelbagai promosi yang dijalankan di online seperti facebook, Instagram dan whastapp.Terdapat banyak tempahan yang diperoleh oleh beliau sejak beliau menggunakan mekanisma mempromosikan malalui media social ini.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1800 – RM 2500 sebulan.

VILLAGEBUNDLE