https://youtu.be/hpzl_NFmS_U

Seiring dengan kemajuan teknologi yang memudahkan perkongsian dan perhubungan antara manusia, kes buli siber juga semakin meningkat. Buli siber dilihat sebagai hanya masalah ringan namun ia mampu membahayakan kesihatan mental individu tertentu sehingga membawa kepada kemurungan dan tindakan bunuh diri.

Sekiranya kita tidak mengamalkan nilai murni ketika menggunakan internet, kita mungkin menjadi pembuli siber tanpa disedari. Untuk mengetahui tentang lebih lanjut berkaitan perbuatan yang dikira buli serta langkah-langkah jika menghadapi buli siber, silakan tonton dan kongsi video yang telah kami sediakan.